Info Ibu Mengandung
http://infoibumengandung.blogspot.com

Jumpa di facebook

Isnin, 19 Mac 2012

Makan buah jambu batu untuk mengatasi rasa mual semasa mengandung


Salam, hari ni nor nak kongsi cara nor mengurangkan rasa mual semasa mengandung. Nor mengalami mual masa mengandung anak pertama dan ke dua. Untuk anak ke dua nor ada mengamalkan makan buah jambu batu selepas makan. Nor pun mengetahui cara ni selepas 3 bulan mengandung.

Untuk permulaan nor hanya dapat makan buah jambu batu, makanan lain asal masuk akan keluar balik.  Lebih kurang seminggu makanan nor hanya buah jambu batu.  Tapi nor makan sekadar untuk alas perut.  Makan sikit-sikit tetapi selalu.  Selepas itu perlahan-lahan nor dapat makan makanan lain, tetapi ada kalanya nor akan terasa nak muntah.  Masa ni buah jambu batu umpama ubat tahan muntah untuk nor.  Bila rasa nak muntah, nor terus makan buah jambu batu, hilang pula rasa nak muntah.  Nampaknya buah jambu batu ada memberi kesan kepada nor. 

Sekarang kandungan dah masuk 4 bulan, tiada lagi rasa mual.  Nor pun dah kurangkan pengambilan jambu batu, tetapi stok jambu batu sentiasa ada di rumah :).







-

Dapatkan post terkini melalui email

Google+ Followers