Info Ibu Mengandung
http://infoibumengandung.blogspot.com

Jumpa di facebook

Sabtu, 1 Jun 2013

Cara Mudah Bersalin Normal


Assalammualaikum Wa Rahmatullah.

Cara ini bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor. Nor ada amalkan semasa mengandung anak pertama. 

1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan

2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan.  Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.

3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan

4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri

5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.

6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.

7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu :).  Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan.  Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi.  Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.

9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.

10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor.  Salah satunya seperti di bawah :

1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku lali kaki
5. Masa teran jangan keluarkan suara.
6. Masa teran jangan angkat punggung.
7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) . 


Semoga kelahiran berjalan dengan lancar,  tahap kesakitan dalam kawalan dan tempoh kesakitan tidak terlalu panjang.  Nor ada juga menulis pengalaman bersalin kali pertama dan kali ke dua. Kali pertama Nor bersalin normal, kali ke dua secara pembedahan.

Wassalam.




14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih, info yg bagus utk kaum ibu :)

Norazizah Hashim berkata...

Sama-sama :).

atie berkata...

Petua mudah bersalin daripada mak mertua, orang dulu-dulu akan pegang kaki kuat2 bila nak bersalin.

Norazizah Hashim berkata...

Terima kasih atas perkongsian :).

Zara Laelina berkata...

Alhamdullih... slmat brsalin bby girl. Sbrat 2.83kg... tpi agk sakit.. bb sye xtahn skit.. sikit lg nk kna oppret n dokter... p alhmdullh.. bby tu kluar normal.. agk ny bby too tkot nk tngk ibu diy oppret kot.. huhu.

Norazizah Hashim berkata...

Tahniah, bertambah seorang lagi ahli. Beraya dengan baby tahun ni :). Alhamdulillah, syukur semua selamat walaupun sakit.

mamasyafi berkata...

terima kasih berkongsi ilmu.....untuk mereka yg kena operate bole minum air kelapa jugak ke?

Norazizah Hashim berkata...

Nor operate utk anak ke dua. Ada minum air kelapa sebelum operate. Masa tu dah kat hospital. Petang minum air kelapa, keesokan harinya operate.

Norehan Setapa berkata...

nice sharing..
jemput ke blog saya untuk info breastfeeding, beauty n healthy
http://vitaminpilihansemua.blogspot.com/

Norazizah Hashim berkata...

Terima kasih Norehan :).

shah berkata...

Pati sarang burung walit. Membantu mwngurangkan kahak dan batuk..mengubati
penyakit asma..sesuai utk wanita mengandung dan juga bayi dalam kandungan.
Mengurangkan kesan nikotin kepada perokok dan mengurangkan serangan barah.

Tanpa bahan pengawet.Muslim produk.

pati sarang burung rm90.00
sarang burung 3btol rm20.00
sarang burung 1gram rm8.00

blh hubungi sya 0149705845 shah.

Cikgu Alisah Ibrahim berkata...

Sy berpengalaman melahirkan 8 org ank.Alhamdulilah tiada masalah. Ketika mengandung saya selalu berkata kata dgn ank dlm kandungan. Ternyata ank dgr dan patut. Ketika mengandung ank sulung,sy selalu berpesan agar dia lahir ketika bapanya ada di sisi sy. Bapanya menyambung belajar di universiti manakala sy di maktab, kami terpisah. Setelah tamat belajar bapanya pulang, malam tu terus sy sakit hendak bersalin.

Cikgu Alisah Ibrahim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Bazlia Amoza berkata...

terima kasih atas perkongsian ilmu ini..sangat memberi ilmu kepada saya ibu yang masih kurang pengalaman..

-

Dapatkan post terkini melalui email

Google+ Followers